nafas zara
Khamis, 14 November 2013
Selasa, 12 November 2013
ISU GEJALA RASUAH
Tambah kapsyen |
Gejala rasuah semakin berleluasa berlaku terutamanya di kalangan pegawai sama ada dari sektor kerajaan atau swasta.Hal ini jarang berlaku di kalangan masyarakat kampung kerana kebanyakan mereka hanya bekerja dalam sektor tradisional seperti bekerja di sawah padi.Kebanyakan kes rasuah sering diwar-warkan dalam berita dalam kaca televisyan atau dipaparkan di dada televisyen.Keadaan yang sering berlaku melibatkan rasuah ialah apabila seseorang kontraktor yang ingin mendapatkan kontrk dengan jalan yang mudah.Mereka akan memberi rasuah yang berbentuk wang atau hadiah keada pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan tender tersebut.Kontraktor itu menganggap pemberiannya adalah satu penghargaaan kepada pihak terbabit kerana membantunya untuk mendapatkan tender padahal pemberiannya adalah satu rasuah.Tanpa meneliti syarat yang patut dipatuhi dan dipenuhi untuk mendapatkan kontrak tersebut, pihak tersebut meluluskan kontrak itu selepas menerima habuan.Rasuah didifinisikan sebagai satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah diri seseorang itu daripada pihak-pihak lain yang terlibat dengan gejala tersebut.Seseoeang yang melibatkan diri dalam kegiatan rasuah ini tidak pernah memikirkan kesan buruk yang bakal terjadipada masa hadapan tetapi mereka hanya memikirkan keuntungan yang diperolehi pada masa sekarang.Perbuatan mereka akan meyebabkan ramai orang akan menjadi mangsa termasuklah ahli keluarga mereka sendiri.kerana sebahagian hasil daripada rasuah akan digunakan oleh keluarga mereka untuk memenuhi keperluan padahal hasil daripada rasuah adalah haram untuk digunakan.
Antara punca berlakunya rasuah ialah kelemehan dan pegangan dari segi agama.Seseorang itu mempunyai iman dan takwa yang tidak kukuh.Merak tahu bahawa rasuah itu salah di sisi agama dan undang-undang tetapi mereka masih melibatkan diri dalam kegiatan rasuah.Mereka memberikan pelbagai alasan yang bersifat peribadi apabila mereka didakwa terlibat dengan rasuah.Ada teori Barat iaitu `Technique of Neutralization' yang diutarakan oleh Grisham Syker dan David Matza.Mereka mengatakan,`lakukan rasuah secara rahsia asalkn tidak siapa tahu'. Teori ini menyokong tentang rasuah. Mereka mahu melibatkan diri dalam kegiatan rasuah kerana mereka mempunyai keinginan untuk hidup mewah,bersifat riak, ingin menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan lain-lain lagi.Hal ini menunjukkan mereka mempunyai keperibadian dan pegangan agama yang lemah.
Selain itu,rasuah ini berlaku disebabkan oleh kelemahan dan pengurusan organisasi.Sesebuah organisasi yang tidak kukuh mempunyai kaitan dengan pengurusan organisasi yang tidak cekap. Apabila organisasi tersebut dipimpin oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab menyebabkan organisasi tersebut menjadi kucar-kacir.Misalnya, tiada tindakan tegas yang dikenakan terhadap pekerja yang didapati terlibat dengan rasuah seperti mendakwa pekerja itu di mahkamah, memberhentikan pekerja itu tanpa notis dan sebagainya.Hal ini akan meningkatkan kadar jenayah yang melibatkan rasuah di kalangan pekerja.Amalan rasuah ini menjadi perkara biasa kepada mereka apabila gejala ini dibiarkan berlaku sewenang-wenangnya.
ANTARA KESAN DARIPADA RASUAH |
Antara kesan daripada gejala rasuah ini ialah fungsi perjalanan sesuatu organisasi akan menjadi tidak teratur.Apabila berlakunya gejala rasuah menyebabkan ahli-ahli dalam organisasi tidak dapat mengetahui tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan pada masa hadapan.Amalan rasuah akan menjejaskan kemajuan negara kerana kemajuan negara bergantung pada kebijaksanaan perancangan dalam sesuatu profesion yang ada di negara dan ahli -ahli pemikir yang cerdik pandai.Kegiatan ini akan membawa kepada lunturnya kepercayaan orang awam terhadap golongan cerdik pandai.
Disamping itu, taraf hidup masyarakat akan meningkat iaitu tahap kemiskinan akan meningkat.Apabila golongan yang mempunyai kuasa akan menindas golongan yang lemah.Contohnya, firma besar akan terus berkuasa dan firma kecil akan ditindas.Firma kecil yang baru ingin mencari tapak untuk menceburi industri tersebut tetapi tidak diberi peluang oleh firma besar.Firma besar akan merebut semua tender tanpa memberi kerjasama kepada firma kecil untuk maju ke hadapan.Apabila industri kecil mendapat tender, syarikat besar akan mencari jalan untuk mendapatkan tender terebut dengan memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan tender tersebut.Firma besar akan mengaut keuntungan daripada tender yang mereka dapat tanpa memikirkan firma-fima kecil.Hal ini akan menyebabkan firma kecil akan selalu ditindas dan jatuh bankrup sekiranya gejala rasuah ini tidak dibendung.
Antara langkah yan perlu diambil untuk menangani gejala rasuah ialah memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri.Keimanan dan keperibadian yang tinggi merupakan benteng yang paling berkesan untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala rasuah.Apabila setiap individu mempunyai pegangan agama yang kukuh akan menyebabkan individu tersebut akan berusaha ntuk menepis godaan daripada tertentu yang ingin menwarkan rasuah.Kekuatan iman dan jati diri dapat menangkis rasuah yang berlaku dihadapan mata.Hal ini akan menyebabkan individu tersebut dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama.
Langkah lain yang boleh diambil dalam membanteras rasuah ialah sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan.Dalam pengajaran dan pembelajaran ,elemen rasuah perlu diterapkan.contohnya,definisi rasuah,punca rasuah,akibat rasuah .Perkara ini perlu didedahkan sejak dibngku sekolah lagi supaya mereka tahu bahawa rasuah itu adalah perkara yang salah dilakukan di sisi undang-undang.Pengajaran Pendidikan Islam untuk orang Islam dan Pendidikan Moral ntuk orang bukan Islam adalah sistem pendidikan yang dapat memupuk nila-nilai murni dan jati diri yang tinggi.Hal ini dapat melahirkan generasi baru yang bebas daripada gejala rasuah ini dan sekaligus dapat membanteras gejala tersebut.
Kesimpulannya, gejala rasuah merupakan satu jenayah yang berat kerana menyalahi di sisi agama dan undang-undang .Menurut undang-undang,perbuatan rasuah ini termaktub dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997.Rasuah dianggap sebagai jenayah kerna perbuatan tersebut melanggar etika sesuatu bidang peerjaan dan secara tidak langsung mengambil hak orang lain.Oleh itu,langkah-langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini perlulh mendapat kerjasam daripada semua pihak.Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak,tiada masalah yang timbul berkaitan isu rasuah.Berita mengenai rasuah dapat ditukarkan dengan berita yang lebih menuju ke arah kemajuan negara.Tanpa rasuah, segala urusan dalam sesuatu profesion dapat dijalankan dengan lancar.Tiada berlaku penindasan terhadap mana-mana pihak dan keadilan dapat dipertahankan.Amalan rasuah perlu dibanteras dengan langkah yang berkesan supaya gejala ini tidak teus berlaku kepada generasi baru.
Selasa, 1 Oktober 2013
ISU PETEMPATAN SETINGGAN
Antara punca wujudnya petempatan setinggan ialah kesempitan hidup yang dialami oleh penduduk setinggan.Kebanyakan penduduk setinggan mempunyai pendapatan yang rendah.Mereka tidak mampu untuk menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk keluarga mereka.Oleh sebab itu,mereka mencari alternatif lain iaitu membina rumah di kawasan -kawasan yang terbiar.Perbelanjaan untuk rumah sewa dapat digunakan untuk memenuhi keperluan harian lain seperti makanan,pakaian dan lain-lain lagi.Kos hidup sekarang yang semakin meningkat menyukarkan lagi penduduk setinggan memperoleh rumah yang selesa.Penyediaan rumah kos rendah tidak mencukupi untuk menampung penduduk yang berpendapatan rendah.Keadaan ini akan menyebabkan penduduk setinggan merasakan kebajikan mereka diabaikan.Perkara ini perlu diberi perhatian supaya penduduk setinggan berpeluang untuk tinggal di rumah yang lebih selesa berbanding tinggal di petempatan setinggan.
Selain itu,kemasukan migran dari dalam atau luar negara yang meningkat juga menjadi punca wujudnya petempatan setinggan.Penggalakkan kemasukan migran berlaku kerana bertujuan untuk memenuhi peluang pekerjaan dalam sektor seperti pembinaan,pembantu rumah dan lain-lain lagi.Pekerjaan dalam sektor ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.penduduk tempatan lebih suka bekerja dalam sektor perindustrian.Sikap majikan yang lebih suka mengambil pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana gaji yang diberikan kepada pekerja asing adalah rendah.Majikan juga tidak menyediakan kemudahan seperti rumah kepada pekerja tersebut.Hal ini menyebabkan pekerja tersebut membina rumah di sekitar tempat mereka bekerja.
Akibat daripada peningkatan petempatan setinggan ini, menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif terutamanya terhadap alam sekitar, contohnya pencemaran sungai. Penduduk di kawasan setinggan tidak menitikberatkan penjagaan kebersihan di kawasan sungai. Mereka menjadikan sungai sebagai tempat untuk membuang sampah sarap. Padahal sungai tersebut digunakan untuk keperluan harian seperti mandi,membasuh pakaian dan sebagainya. Akibat daripada pembuangan sampah yang berterusan telah menyebabkan sungai tersebut menjadi kotor dan air sungai kelihatan keruh. Keadaan ini menyebabkan kualiti sungai turut terjejas. hidupan akuatik seperti ikan tidak boleh bernafas apabila sumber air tercemar. Apabila masalah ini tidak dibendung dengan segera akan menyebabkan pemandangan alam semulajadi di kawasan sungai menjadi tidak menarik dan orang ramai tidak mahu untuk mengunjungi kawasan sungai tersebut. Hal ini secara automatik akan menyebabkan sektor pelancongan di negara kita semakin menurun.
Seterusnya, penyebaran wabak penyakit semakin meluas di kawasan setinggan.Hal ini berlaku disebabkan oleh sistem saluran yang dibina tidak sisitematik.Penduduk di kawasan setinggan sukar mendapatkan sumber air yang bersih.Wabak penyakit seperti demam denggi mudah merebak kerana kedudukan rumah di kawasan setingan diatur secara rapat-rapat.Keadaan ini berlaku kerana keluasan tanah yang sangat terhad untuk menampung penduduk setinggan yang ramai.Pembinaan sistem saluran juga menjadi tidak sistematik.Penyebaran wabak penyakit di kawasan setinggan mudah merebak di kawasan-kawasan yang lain seperti kawasan perkampungan yang berdekatan.Keadaan petempatan setinggan yang tidak teratur banyak mengundang bahaya kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Untiuk menangani masalah petempatan setinggan,beberapa langkah perlu diambil seperti peranan kerajaan.Pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak rumah kos rendah untuk memberikan kebajikan kepada penduduk yang berpendapatan rendah tidak kira sama ada penduduk setinggan itu adalah penduduk tempatan maahupun penduduk asing.Mereka memerlukan rumah yang selesa untuk jaminan masa hadapan anak-anak mereka.Penyediaan rumah kos rendah yang mencukupi akan mengurangkan kewujudan petempatan setinggan.Penduduk disekitar kawasan setinggan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini
Kesimpulannya,petempatan setinggan wujud disebabkan oleh beberapa punca seperti kesempitan hidup dan kemasukan migran yang ramai.Keadaan ini menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif kepada alam sekitar dan taraf kesihatan.Untuk mengatasi masalah ini, penglibatan kerajaan secara langsung dapat mengiurangkan petempatan setinggan dengan menyediakan rumah kos rendah.Permasalahan ini berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan penduduk untuk memiliki rumah sendiri.Petempatan setinggan dapat dibendung sekiranya pelbagai langkah diambil bukan sahaja pihak kerajaan sahaj bahkan pihak majikan perlu mengambil berat tentang kebajikan pekerja dalam penyediaan kemudahan seperti rumah .Dengan ini,keadaan rumah yang selesa dapat membendung anak-anak daripada terjebak dengan masalah-masalah yang wujud pada masa kini.
Langgan:
Catatan (Atom)