Selasa, 1 Oktober 2013

ISU PETEMPATAN SETINGGAN

 
Kewujudan petempatan setinggan semakin hari semakin meningkat.Peningkatan petempatan setinggan ini sukar dibendung disebabkan oleh pelbagai punca.Petempatan setinggan didefinisikan sebagai petempatan yang didiami oleh segolongan orang di kawasan tanah yang bukan hak milik golongan tersebut iaitu secara tidak sah sama ada di kawasan tanah kerajaan,swasta atau kepunyaan individu.Kawasan yang menjadi tumpuan penduduk setinggan ialah kawasan -kawasan yang terbiar di dalam bandar terutamanya di tanah-tanah rezab seperti rezab jalan raya,rezab antara bangunan ,kawasan bekas lombong dan lain-lain lagi.Dengan adanya kawasan -kawasan terbiar seperti ini akan mendorong penduduk setinggan untuk membina petempatan di situ.

   Antara punca wujudnya petempatan setinggan ialah kesempitan hidup yang dialami oleh penduduk setinggan.Kebanyakan penduduk setinggan mempunyai pendapatan yang rendah.Mereka tidak mampu untuk menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk keluarga mereka.Oleh sebab itu,mereka mencari alternatif lain iaitu membina rumah di kawasan -kawasan yang terbiar.Perbelanjaan untuk rumah sewa dapat digunakan untuk memenuhi keperluan harian lain seperti makanan,pakaian dan lain-lain lagi.Kos hidup sekarang yang semakin meningkat menyukarkan lagi penduduk setinggan memperoleh rumah yang selesa.Penyediaan rumah kos rendah tidak mencukupi untuk menampung penduduk yang berpendapatan rendah.Keadaan ini akan menyebabkan penduduk setinggan merasakan kebajikan mereka diabaikan.Perkara ini perlu diberi perhatian supaya penduduk setinggan berpeluang untuk tinggal di rumah yang lebih selesa berbanding tinggal di petempatan setinggan.






  Selain itu,kemasukan migran dari dalam atau luar negara yang meningkat juga menjadi punca wujudnya petempatan setinggan.Penggalakkan kemasukan migran berlaku kerana bertujuan untuk memenuhi peluang pekerjaan dalam sektor seperti pembinaan,pembantu rumah dan lain-lain lagi.Pekerjaan dalam sektor ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.penduduk tempatan lebih suka bekerja dalam sektor perindustrian.Sikap majikan yang lebih suka mengambil pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana gaji yang diberikan kepada pekerja asing adalah rendah.Majikan juga tidak menyediakan kemudahan seperti rumah kepada pekerja tersebut.Hal ini menyebabkan pekerja tersebut membina rumah di sekitar tempat mereka bekerja.


   Akibat daripada peningkatan petempatan setinggan ini, menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif terutamanya terhadap alam sekitar, contohnya pencemaran sungai. Penduduk di kawasan setinggan tidak menitikberatkan penjagaan kebersihan di kawasan sungai. Mereka menjadikan sungai sebagai tempat untuk membuang sampah sarap. Padahal sungai tersebut digunakan untuk keperluan harian seperti mandi,membasuh pakaian dan sebagainya. Akibat daripada pembuangan sampah yang berterusan telah menyebabkan sungai tersebut menjadi kotor dan air sungai kelihatan keruh. Keadaan ini menyebabkan kualiti sungai turut terjejas. hidupan akuatik seperti ikan tidak boleh bernafas apabila sumber air tercemar. Apabila masalah ini tidak dibendung dengan segera akan menyebabkan pemandangan alam semulajadi di kawasan sungai menjadi tidak menarik dan orang ramai tidak mahu untuk mengunjungi kawasan sungai tersebut. Hal ini secara automatik akan menyebabkan sektor pelancongan di negara kita semakin menurun.

  Seterusnya, penyebaran wabak penyakit semakin meluas di kawasan setinggan.Hal ini berlaku disebabkan oleh sistem saluran yang dibina tidak sisitematik.Penduduk di kawasan setinggan sukar mendapatkan sumber air yang bersih.Wabak penyakit seperti demam denggi  mudah merebak kerana kedudukan rumah di kawasan setingan diatur secara rapat-rapat.Keadaan ini berlaku kerana keluasan tanah yang sangat terhad untuk menampung penduduk setinggan yang ramai.Pembinaan sistem saluran juga menjadi tidak sistematik.Penyebaran wabak penyakit di kawasan setinggan mudah merebak di kawasan-kawasan yang lain seperti kawasan perkampungan yang berdekatan.Keadaan petempatan setinggan yang tidak teratur banyak mengundang bahaya kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

  Untiuk menangani masalah petempatan setinggan,beberapa langkah perlu diambil seperti peranan kerajaan.Pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak rumah kos rendah untuk memberikan kebajikan kepada penduduk yang berpendapatan rendah tidak kira sama ada penduduk setinggan itu adalah penduduk tempatan maahupun penduduk asing.Mereka memerlukan rumah yang selesa untuk jaminan masa hadapan anak-anak mereka.Penyediaan rumah kos rendah yang mencukupi akan mengurangkan kewujudan petempatan setinggan.Penduduk disekitar kawasan setinggan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini

   
Kesimpulannya,petempatan setinggan wujud disebabkan oleh beberapa punca seperti kesempitan hidup dan kemasukan migran yang ramai.Keadaan ini menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif kepada alam sekitar dan taraf kesihatan.Untuk mengatasi masalah ini, penglibatan kerajaan secara langsung dapat mengiurangkan petempatan setinggan dengan menyediakan rumah kos rendah.Permasalahan ini berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan penduduk untuk memiliki rumah sendiri.Petempatan setinggan dapat dibendung sekiranya pelbagai langkah diambil bukan sahaja pihak kerajaan sahaj bahkan pihak  majikan perlu mengambil berat tentang kebajikan pekerja dalam penyediaan kemudahan seperti rumah .Dengan ini,keadaan rumah yang selesa dapat membendung anak-anak daripada terjebak dengan masalah-masalah yang wujud pada masa kini.