Selasa, 12 November 2013

ISU GEJALA RASUAH






Tambah kapsyen

    
     




             Gejala rasuah semakin berleluasa berlaku terutamanya di kalangan pegawai sama ada dari sektor kerajaan atau swasta.Hal ini jarang berlaku di kalangan masyarakat kampung kerana kebanyakan mereka hanya bekerja dalam sektor tradisional seperti bekerja di sawah padi.Kebanyakan kes rasuah sering diwar-warkan dalam berita dalam kaca  televisyan atau  dipaparkan di dada televisyen.Keadaan yang sering berlaku melibatkan rasuah ialah apabila seseorang kontraktor yang ingin mendapatkan kontrk dengan jalan yang mudah.Mereka akan memberi rasuah yang berbentuk wang atau hadiah keada pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan tender tersebut.Kontraktor itu menganggap pemberiannya adalah satu penghargaaan kepada pihak terbabit kerana membantunya untuk mendapatkan tender padahal pemberiannya adalah satu rasuah.Tanpa meneliti syarat yang patut dipatuhi dan dipenuhi untuk mendapatkan kontrak tersebut, pihak tersebut meluluskan kontrak itu selepas menerima habuan.Rasuah didifinisikan sebagai satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah diri seseorang itu daripada pihak-pihak lain yang terlibat dengan gejala tersebut.Seseoeang yang melibatkan diri dalam kegiatan rasuah ini tidak pernah memikirkan kesan buruk yang bakal terjadipada masa hadapan tetapi mereka hanya memikirkan keuntungan yang diperolehi pada masa sekarang.Perbuatan mereka akan meyebabkan ramai orang akan menjadi mangsa termasuklah ahli keluarga mereka sendiri.kerana sebahagian hasil daripada rasuah akan digunakan oleh keluarga mereka untuk memenuhi keperluan padahal hasil daripada rasuah adalah haram untuk digunakan.

            Antara punca berlakunya rasuah ialah kelemehan dan pegangan dari segi agama.Seseorang itu mempunyai iman dan takwa yang tidak kukuh.Merak tahu bahawa rasuah itu salah di sisi agama dan undang-undang tetapi mereka masih melibatkan diri dalam kegiatan rasuah.Mereka memberikan pelbagai alasan yang bersifat peribadi apabila mereka didakwa terlibat dengan rasuah.Ada teori Barat iaitu `Technique of Neutralization' yang diutarakan oleh Grisham Syker dan David Matza.Mereka mengatakan,`lakukan rasuah secara rahsia asalkn tidak siapa tahu'. Teori ini menyokong tentang rasuah. Mereka mahu melibatkan diri dalam kegiatan rasuah kerana mereka mempunyai keinginan untuk hidup mewah,bersifat riak, ingin menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan lain-lain lagi.Hal ini menunjukkan mereka mempunyai keperibadian dan pegangan agama yang lemah.

                Selain itu,rasuah ini berlaku disebabkan oleh kelemahan dan pengurusan organisasi.Sesebuah organisasi yang tidak kukuh mempunyai kaitan dengan pengurusan organisasi yang tidak cekap. Apabila organisasi tersebut dipimpin oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab menyebabkan organisasi tersebut menjadi kucar-kacir.Misalnya, tiada tindakan tegas yang dikenakan terhadap pekerja yang didapati terlibat dengan rasuah seperti mendakwa pekerja itu  di mahkamah, memberhentikan pekerja itu tanpa notis dan sebagainya.Hal ini akan meningkatkan kadar jenayah yang melibatkan rasuah di kalangan pekerja.Amalan rasuah ini menjadi perkara biasa kepada mereka apabila gejala ini dibiarkan berlaku sewenang-wenangnya.

ANTARA KESAN DARIPADA  RASUAH






              Antara kesan daripada gejala rasuah ini ialah fungsi perjalanan sesuatu organisasi akan menjadi tidak teratur.Apabila berlakunya gejala rasuah menyebabkan ahli-ahli dalam organisasi tidak dapat mengetahui tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan pada masa hadapan.Amalan rasuah akan menjejaskan kemajuan negara kerana kemajuan negara bergantung pada kebijaksanaan perancangan dalam sesuatu profesion yang ada di negara dan ahli -ahli pemikir yang cerdik pandai.Kegiatan ini akan membawa kepada lunturnya kepercayaan orang awam terhadap golongan cerdik pandai.

              Disamping itu, taraf hidup masyarakat akan meningkat iaitu tahap kemiskinan akan meningkat.Apabila golongan yang mempunyai kuasa akan menindas golongan yang lemah.Contohnya, firma besar akan terus berkuasa dan firma kecil akan ditindas.Firma kecil yang baru ingin mencari tapak untuk menceburi industri tersebut tetapi tidak diberi peluang oleh firma besar.Firma besar  akan merebut semua tender tanpa memberi kerjasama kepada firma kecil untuk maju ke hadapan.Apabila industri kecil mendapat tender, syarikat besar akan mencari jalan untuk mendapatkan tender terebut dengan memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan tender tersebut.Firma besar akan mengaut keuntungan daripada tender yang mereka dapat tanpa memikirkan firma-fima kecil.Hal ini akan menyebabkan firma kecil akan selalu ditindas dan jatuh bankrup sekiranya gejala rasuah ini tidak dibendung.

         Antara langkah yan perlu diambil untuk menangani gejala rasuah ialah memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri.Keimanan dan keperibadian yang tinggi merupakan benteng yang paling berkesan untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala rasuah.Apabila setiap individu mempunyai pegangan agama yang kukuh akan menyebabkan individu tersebut akan berusaha ntuk menepis godaan daripada tertentu yang ingin menwarkan rasuah.Kekuatan iman dan jati diri dapat menangkis rasuah yang berlaku dihadapan mata.Hal ini akan menyebabkan individu tersebut dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama.




        Langkah lain yang boleh diambil dalam membanteras rasuah ialah sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan.Dalam pengajaran dan pembelajaran ,elemen rasuah perlu diterapkan.contohnya,definisi rasuah,punca rasuah,akibat rasuah .Perkara ini perlu didedahkan sejak dibngku sekolah lagi supaya mereka tahu bahawa rasuah itu adalah perkara yang salah dilakukan di sisi undang-undang.Pengajaran Pendidikan Islam untuk orang Islam dan Pendidikan Moral ntuk orang bukan Islam adalah sistem pendidikan yang dapat memupuk nila-nilai murni dan jati diri yang tinggi.Hal ini dapat melahirkan generasi baru yang bebas daripada gejala rasuah ini dan sekaligus dapat membanteras gejala tersebut.

       Kesimpulannya, gejala rasuah merupakan satu jenayah yang berat kerana menyalahi di sisi agama dan undang-undang .Menurut undang-undang,perbuatan rasuah ini termaktub dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997.Rasuah  dianggap sebagai jenayah kerna perbuatan tersebut melanggar etika sesuatu bidang peerjaan dan secara tidak langsung mengambil hak orang lain.Oleh itu,langkah-langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini perlulh mendapat kerjasam daripada semua pihak.Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak,tiada masalah yang timbul berkaitan isu rasuah.Berita mengenai rasuah dapat ditukarkan dengan berita yang lebih menuju ke arah kemajuan negara.Tanpa rasuah, segala urusan dalam sesuatu profesion dapat dijalankan dengan lancar.Tiada berlaku penindasan terhadap mana-mana pihak dan keadilan dapat dipertahankan.Amalan rasuah perlu dibanteras dengan langkah yang berkesan supaya gejala ini tidak teus berlaku kepada generasi baru.